Zachery Francis

Zack X-Factor
Kelahiran
Zachery anak Francis Ubu

(1977-08-25) 25 Ogos 1977 (umur 46)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Nama lainZac Zafranz, Zac Kree, Zac Diamond
PekerjaanPenyanyi, model, pelakon
Tahun aktif1999–kini
PasanganJennifer Carterina (k. 2013)
Anak-anak1

Zachery "Zack" Francis Ubu (lahir 25 Ogos 1977) merupakan seorang penyanyi, model, dan pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.[1] Beliau ialah salah seorang ahli kumpulan X-Factor yang meraih kemasyhuran pada dekad 2000-an. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi drama TV termasuk Si Capik dan Duyong Aridinata serta filem termasuk Diari Romeo dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.

Kehidupan peribadi

Beliau berketurunan campuran bumiputera (Iban, Bidayuh dan Kadazan) yang menganut agama Kristian.[2] Beliau berkahwin dengan Jennifer "Jenny" Carterina pada 2013. Jenny ialah penari tradisional di Badan Kesenian Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

Kerjaya

Zach memulakan kerjaya seni sebagai salah seorang anggota bagi kumpulan X-Factor sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 1999. X-Factor terdiri daripada lima orang lelaki sebagai anggota kumpulan. Sebelum aktif sebagai penyanyi, Zach terlebih dahulu mencuba nasib dalam bidang iklan komersial.

Diskografi

Album bersama X-Factor
  • X-Factor (2000)
  • X2 (2003)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak
2003 Diari Romeo Johan
2005 Salon Daniel
2010 Adnan Sempit Jofri
2012 Jidin Sengal Iskandar
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Michael Riman anak Bugat

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001–2008 Astana Idaman Mikail Firdaus Astro Ria
2003–2005 Sembilu Shamsul TV2
2008 Obsesi Paul TV3
2009–2011 Si Capik Reza / Si Capik TV2
2010 Aalia Astro Prima
Duyung Aridinata Aridinata TV9
Gerak Khas (Musim 12) Ghazi TV2 Episod: "Alahai Pak Hashim"
2011 Cut Amirah Astro Prima
2011–2012 Bunga April Azman TV3
2012–2013 Metro Skuad (Musim 2) Zack TV2
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Faliq
2013–2014 Ku Cinta Kau Seorang Rahim TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Kasim Astro Oasis Episod: "Wajah Rahsia Hati"
2014 Gerak Khas (Musim 14) Mazlan TV2 Episod: "Durjana"
2015 Embok Belum Terbakar Azlan
2019 Hola Hermosa TV1
2022 Jesnita Fauzi Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 La Ikro Ha Fiddin Dr Edward Astro Prima
2014 Kembar Syawal Aidil/Fitri TV1
2015 Bejalai Leo TV Okey
Patung Cinta
2023 Dendam Ramos Telemovie berbahasa Iban (Slot Hari Malaysia)

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 Chef Backpackers Pengacara TV Okey
Perwaris Artifak
13 Kalawon-Pejuang Sabah TV1

Rujukan

  1. ^ Murshid Eunos (1 Ogos 2010). "Prinsip Zack". Metro Ahad. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (9 Jun 2015). Zach bakal timang anak Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2015.

Pautan luar