Surah An-Nasr

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s


Surah An-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam al-Quran. Surat ini terdiri atas 3 ayat dan termasuk surah Madaniyah. An Nashr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surat ini yakni janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.

Hubungan Surah An-Nasr dengan surat Al Lahab

Surah An-Nasr menerangkan tentang kemenangan yang diperoleh Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya, sedang Surah Al-Lahab menerangkan tentang kebinasaan dan seksaan yang akan diderita oleh Abu Lahab dan isterinya sebagai orang-orang yang menentang Nabi.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
  2. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
  3. فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Pautan luar

  • An Nasr - النّصر
  • Dengar bacaan di alquran.cz.cc
  • Surah An-Nasr
  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Kafirun
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Lahab
Surah 110