Stesen minyak

Stesen minyak Petronas.
Stesen minyak moden, Preem di Karlskrona, Sweden.
Stesen Ampol di Australia pada lewat 1950-an.
Stesen minyak dan bengkel kereta di Pie Town, New Mexico, 1940.

Stesen minyak (Jawi: ستيسين ميڽقcode: ms is deprecated ) ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijual ialah petroleum (dipanggil gasolin di AS dan Kanada) atau minyak diesel.

Dispenser bahan api digunakan untuk mengepam petroleum, diesel, CNG, CGH2, HCNG, LPG, LH2, bahan api etanol, bahan api bio seperti biodiesel, kerosin, atau bahan api jenis lain ke dalam kenderaan.

Jenis stesen pengisian

Amerika Syarikat dan Kanada

Umumnya, terdapat dua jenis stesen pengisian di Amerika Syarikat dan Kanada: jenama premium dan diskaun.

Jenama premium

Stesen pengisian dengan jenama premium menjual jenama dikenali ramai dan gasolin berjenama antarabangsa, termasuklah Exxon dan jenama Essonya, Citgo, Hess, Chevron, Mobil, Shell, Sinclair, BP dan Texaco.

Jenama diskaun

Jenama diskaun selalunya adalah lebih kecil, rangkaian serantau atau stesen-stesen bebas, menawarkan harga gasolin yang rendah. Kebanyakannya membeli gasolin borong daripada para pembekal bebas atau daripada syarikat petroleum utama. Stesen gas lebih rendah harga juga didapati di beberapa pasar raya (Albertsons, Kroger, Giant, Weis Markets, Safeway, Vons, Meijer, Loblows /Real Canadian Superstore (Kanada) dan Giant Eagle), kedai serbaneka (7-Eleven dan Cumberland Farms), gedung diskaun (Wal-Mart) dan kelab gudang (Costco, Sam's Club, dan BJ's). Di sesetengah stesen (seperti Vons, Costco, BJ's, atau Sam's Club), pengguna perlu memegang satu kad keahlian khas dengan tujuan menerima harga diskaun, dan/atau membayar hanya dengan kad tunai rangkaian ataupun kad kredit yang dikeluarkan secara eksklusif untuk rangkaian itu. Beberapa kedai serbaneka, seperti 7-Eleven dan Circle K, telah menjenamabersamakan stesen-stesen mereka dengan satu daripada jenama premium itu.

Di luar Amerika Syarikat dan Kanada

Bukan semua stesen minyak hanya untuk kereta semata-mata; ada juga yang dibina untuk bot seperti di Stockholm, Sweden.
Stesen minyak di tepi jalan dari sempadan Thailand ke Siem Reap, Kemboja.

Di sesetengah negara, hanya satu sahaja jenama stesen minyak yang ada. Di Mexico, di mana industri minyak itu merupakan milik negara dan harga dikawal, pengendali utama negara stesen petrol ialah Pemex. Di Malaysia, Shell menjadi jenama stesen minyak paling dominan mengikut jumlah stesen, diikuti Petronas yang dimiliki kerajaan Malaysia. Pengendali ini juga berkembang di luar negara dengan hasrat menjadi sebuah syarikat multinasional.

Cara pembayaran

Di kebanyakan stesen minyak di luar bandar, pengguna membayar selepas mengisi minyak, tetapi di kawasan bandar di mana kadar jenayah lebih tinggi pula pengguna perlu membayar dahulu sebelum mengisi minyak. Sekiranya masih terdapat baki setelah mengisi penuh, baki tersebut akan dipulangkan kepada pengguna.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk membayar menggunakan wang tunai ataupun menggunakan kad kredit.

Jenis perkhidmatan

Stesen-stesen pengisian lazimnya menawarkan satu daripada tiga jenis perkhidmatan kepada para pelanggan mereka: perkhidmatan penuh, perkhidmatan minimum atau khidmat layan diri.

Perkhidmatan penuh

Seorang pelayan (joki gas) mengoperasi pam-pam itu, sering mengelap cermin depan, dan kadangkala memeriksa aras minyak dan tekanan tayar kenderaan, kemudian mengutip pembayaran (dan barangkali tip).

Perkhidmatan minimum

Seorang pembantu mengoperasi pam-pam. Keadaan ini perlu akibat perundangan yang melarang pelanggan daripada mengoperasi pam.

Layan diri

Pelanggan akan melaksanakan semua perkhidmatan yang diperlukan.

Harga di pam

Lain-lain

Seperti kebanyakan stesen minyak di Jepun, stesen minyak Shell di Hiroshima ini memerlukan pengguna menarik hos pengisi minyak dari atas.

Dalam negara importan tenaga lain seperti Jepun, kos gasolin/petroleum adalah lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat disebabkan oleh kos pengangkutan bahan api atau cukai-cukai. Sebaliknya, beberapa negara pengeluar minyak utama seperti Negara Teluk, Iran, Iraq, dan Venezuela menyediakan subsidi bahan api jauh di bawah harga pasaran. Amalan ini cenderung menggalakkan penggunaan tinggi. Hong Kong mempunyai beberapa harga pam tertinggi dalam dunia, tetapi kebanyakan pelanggan diberi diskaun penting sebagai ahli kad.

Oktana

Stesen Minyak di Sabah, Malaysia.

Di Malaysia, petrol yang dijual di stesen minyak ialah RON95, RON97 dan RON100 tanpa plumbum. RON95 paling banyak digunakan pengguna kereta dan motosikal di Malaysia, walaupun keperluan oktana minimum bagi kebanyakan kereta yang dijual di Malaysia ialah RON95. Harga petrol dan diesel dikawal oleh kerajaan dan antara yang termurah di Asia Tenggara.

Keselamatan di stesen minyak

Papan tanda "Dilarang Merokok" di stesen minyak.

Ancaman paling utama di stesen minyak ialah kebakaran. Kebakaran mudah terjadi di stesen minyak disebabkan wujudnya wap petrol yang sememangnya lebih mudah terbakar berbanding dalam keadaan cecair. Oleh itu, pengguna mesti mengikuti peraturan berikut semasa di stesen minyak:-

  1. Matikan enjin terlebih dahulu sebelum mengisi minyak.
  2. Dilarang merokok.
  3. Dilarang menggunakan telefon bimbit.

Sungguhpun demikian, masih terdapat beberapa kes kebakaran di stesen minyak akibat kedegilan pengguna mematuhi peraturan keselamatan tersebut. Oleh yang demikian, banyak jenama bahan api yang mengadakan kempen keselamatan bagi mendidik pengguna mengenai keselamatan di stesen minyak.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Gasoline price comparisons di Curlie
  • Gas-Pumping Robot di HowStuffWorks
  • Energy Policy: How Gas Stations Price Gas di HowStuffWorks
  • NPN Station Count (USA 1996-2006) Diarkibkan 2008-06-24 di Wayback Machine
  • An interview with architectural historian Jim Draeger about the history of filling stations from Wisconsin Public Television Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine
  • Petroleum Equipment Institute
  • Petrol station cost structure
  • Gasoline Signs — Signs and logos of gas stations in the United States
  • British Petrol Stations — Design & branding history of filling stations in Great Britain
  • U.S. Department of Energy's Gas Price Watch Hotline Diarkibkan 2012-03-19 di Wayback Machine — A U.S. government site to report alleged gas price gouging in the United States
  • Report: Economics of the Nova Scotia Gasoline Market