Sinseollo

Sinseollo
Nama alternatifYeolguja tang
JenisJeongol
Tempat asalKorea
Bahan utamaBebola daging, jeonyueo, cendawan, sayuran, air rebusan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sinseollo
Hangul신선로 / 열구자탕code: ko is deprecated
Hanja神仙爐 / 悅口子湯code: ko is deprecated
Perumian Semakansinseollo / yeolguja tang
McCune–Reischauersinsŏllo / yŏlkucha t'ang

Sinseollo atau yeolguja tang adalah satu hidangan diraja Korea yang rumit terdiri daripada bebola daging, jeonyueo (전유어) kecil dan bulat, cendawan, dan sayur-sayuran yang dimasak di dalam air rebusan yang pekat. Hidangan ini adalah satu bentuk jeongol (stew ala cowder). Ia disajikan dalam periuk besar dengan lubang di tengah, di mana bara panas diletak untuk mengekalkan haba sepanjang sesi makan.[1]

Etimologi dan sejarah

Sinseollo adalah nama yang sesuai untuk bekas masakan juadah ini dihidangkan, yang turut membawa maksud hidangan itu sendiri.[2] Sinseollo adalah perkataan gubahan sinseon (hangul:신선, hanja:神仙), "Roh abadi Tao" dan ro (hangul:로, hanja:爐), perbaraan. Jeong Hee-Ryang (정희량), seorang sarjana di dalam istana Raja Yeonsan ketika Dinasti Joseon, bertukar menjadi kehidupan seperti pertapa di pergunungan selepas dibuang dan kecewa dari politik. Beliau membuat perbaraan kecil untuk memasak makanan, sebuah bekas memasak mudah alih yang memasak pelbagai sayur-sayuran dalam satu periuk sahaja. Beliau menghilangkan diri di pergunungan dan legenda mengatakan beliau menjadi sinseon, jadi bekas masakannya dinamakan "perbaraan untuk sinseon".[3]

Sinseollo ini juga dipanggil yeolguja tang, yang bermaksud "tang (sup) yang menjadikan mulut gembira".[4][3]

Penyediaan dan penyajian

Walaupun asal hidangan itu berdasarkan hanya pada sayur-sayuran, daging dan ikan telah ditambah pada tahun-tahun kemudian. Sehingga 25 bahan-bahan yang boleh digunakan dalam membuat hidangan, seperti daging lembu, daging babi, ayam, burung kuang, ikan, abalon, gamat, dan pelbagai sayur-sayuran.[3] Daging lembu rebus dan hirisan mu diletakkan di dalam juadah dengan daging lembu diperisa dan makanan laut. Cendawan, lobak merah dan sayur-sayuran lain seterusnya diletakkan, dengan bebola daging, walnut, kacang pain, kacang ginkgo, dan lada merah yang dicincang halus digunakan sebagai hiasan untuk mewujudkan keseimbangan yang berwarna-warni. Stok sup dicurahkan ke atas dan kemudian hidangan dimasak dengan arang dalam pembakar.[2][3]

Lihat juga

  • Gujeolpan
  • Masakan diraja Korea
  • Senarai sup
  • Masakan Korea
  • Dae Jang Geum

Rujukan

  1. ^ (Korea) Sinseollo at Doosan Encyclopedia
  2. ^ a b (Korea) Sinseollo at Britannica Korea
  3. ^ a b c d (Korea) Origin of sinseollo[pautan mati kekal] from Korean Culture Dictionary
  4. ^ Information and recipe of sinseollo Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine Korea Tourism Organization

Pautan luar

  • Information and recipe of sinseollo Diarkibkan 2011-07-19 di Wayback Machine from Korea Foundation
  • Best Culinary Day Tour in Seoul Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine from Korea Tourism Organization
  • General information on Korean cuisine and recipe Diarkibkan 2008-06-17 di Wayback Machine from Seoul city official website
  • (Korea) Information about Korean royal court cuisine and sinseollo Diarkibkan 2012-12-10 di archive.today
  • (Korea) Information about sinseollo
  • (Korea) Information about sinseollo Diarkibkan 2005-01-13 di Wayback Machine
  • (Korea) Origin of sinseollo[pautan mati kekal] from Korean Culture Dictionary