Power Macintosh 6200

Macintosh Performa 6300, salah satu daripada banyak model dalam keluarga 6200.

Power Macintosh 6200 (nama kod: "Crusader"/"Elixir", juga dijual menerusi nama kelainan Performa 6200, Performa 6300, dan Power Macintosh 6300) ialah siri komputer peribadi julat tengah yang merupakan sebahagian daripada siri komputer Power Macintosh dan siri Macintosh Performa, dengan kedua-dua siri itu merupakan pula sebahagian siri komputer Macintosh yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Diperkenalkan pada Mei 1995, komputer ini yang meneruskan penggunaan selongsong 630 mempunyai unit pemprosesan pusat (CPU) PowerPC 603 pada kelajuan 75 MHz yang menggantikan Quadra 630. Siri ini memuncak pada April 1996 dengan penggunaan CPU PowerPC 603e pada 120 MHz. Power Macintosh 6300/160/Performa 6360 yang agak berbeza, berdasarkan Power Macintosh 6400, kemudian diperkenalkan pada awal 1997. Bagaimanapun, seluruh barisan 6x00 dihentikan pada Julai 1997 selepas pengenalan Power Macintosh G3, satu model komputer meja yang baharu.

Kekeliruan nama model

Kelaziman yang digunakan untuk menamai komputer Performa mengelirukan banyak orang. Selain daripada mempunyai banyak kelainan — misalnya, nombor model melebihi 6260 menggunakan pemproses PowerPC 603e, dengan ciri yang lain lebih kurang sama sahaja — ia juga merangkumi nombor model melebihi 6300 yang biasanya menunjukkan siri model yang berlainan. Sebaliknya, sesetengah komputer dengan nombor model yang membayangkannya tergolong dalam keluarga 6200/6300 (Power Macintosh 6300/160 yang tersebut di atas dan kelainannya, versi 6360 Performa) agak berbeza, bahagian dalamannya.

Umumnya, siri 6200 berkait rapat dengan siri 5200. Bagi hampir setiap model komputer meja 6xxx, terdapat satu model padanan 5xxx (semua dalam satu) yang memiliki skrin tiub sinar katod (CRT) bersepadu.

Pautan luar

  • Power Macintosh 6200 Diarkibkan 2007-08-19 di Wayback Machine, 6300/120 Diarkibkan 2007-08-11 di Wayback Machine, 6300/160 Diarkibkan 2007-08-14 di Wayback Machine and Macintosh Performas at AppleSpec
  • Performa 6200 and Performa 6360 at apple-history.com
  • Performa 6200, Performa 6300 and Performa 6360 at Low End Mac
  • Power Macintosh 6200, 6300/120 and Macintosh Performas at EveryMac.com


  • l
  • b
  • s
Apple – Perkakasan sebelum 1998
Apple

Apple I · Keluarga Apple II (II, II Plus, II Europlus, II J-Plus, IIe, IIc, IIGS, IIc Plus) · Keluarga Apple III (Apple III, III Plus)

Lisa

Lisa · Lisa 2/5 · Lisa 2/10

Komputer meja
Macintosh

Keluarga Compact Macintosh (128K, 512K, XL, Plus, 512Ke, SE, SE/30, SE FDHD, Classic, Classic II, Color Classic, Color Classic II) · Keluarga Macintosh II (II, IIx, IIcx, IIci, IIfx, IIsi, IIvi, IIvx) · Keluarga LC (LC, LC II, LC III, LC 475, LC III+, LC 520, LC 550, LC 575, LC 580, LC 630, 5200 LC, 5260 LC, 5300 LC, 5400 LC) · Keluarga Performa · Macintosh TV · Keluarga Quadra (700, 900, 950, 800, 840AV, 610*, 650*, 660AV*, 605, 630) · Keluarga Centris (610*, 650*, 660AV*) · Keluarga Power Macintosh (6100, 7100, 8100, 6200, 5200, 9500, 7200, 7500, 8500, 6300, 5260, 5300, 5400, 7600, 6400, 4400, 5500, 6500, 7300, 8600, 9600, G3) · Hari Ulang Tahun Ke-20 Mac

Komputer riba

Macintosh Bimbit · Keluarga PowerBook: (Siri 100 (100, 140, 170, 145, 160, 180, 165, 145B, 165c, 180c, 150) · Siri Duo (210, 230, 250, 270c, 280, 280c, 2300c) · Siri 500 (520, 520c, 540, 540c, 550c) · Siri 190 (190, 190cs) · Siri 5300 (5300, 5300cs, 5300c, 5300ce) · Siri 1400 (1400c, 1400cs) · 3400c · 2400c · G3)

Pelayan

Pelayan Kumpulan Kerja (95, 60, 80, 6150, 8150, 9150, 7250, 8550, 7350, 9650) · Pelayan Rangkaian (500, 700)

Projek dan aksesori
lain

Modem 300 · Pemacu 3.5" · AppleFax · AppleCD · Kaman Persidangan 100 · Cakera II, IIc · Memeja Grafik · Cakera Keras 20, 20SC · Jad IIe · Peti Televisyen Interaktif · Papan Kekunci (Boleh Laras, Terluas) · LocalTalk · Tetikus · Newton (Siri MessagePad (100, 110, 120, 130, 2000, 2100), eMate 300) · Paladin · Kad persisian (Teks 80-Lajur, Pemecut, Jam sistem, Pemproses, Kad bersiri) · Pippin · PowerCD · Pembesar Suara Berkuasa · Pencetak (Pencetak Warna, Pencetak Matriks Bintik, ImageWriter, LaserWriter, Pencetak Scribe, SilenType, StyleWriter, StyleWriter Bimbit) · ProFile · QuickTake (100, 150, 200) · Pengimbas, OneScanner

Lihat juga: Perkakasan Apple sejak 1998.