Peminat

Peminat di majlis resepsi di Buenos Aires, Argentina

Peminat (Jawi: ڤمينتcode: ms is deprecated ) atau penggemar[1][2] (Jawi: ڤڠݢمرcode: ms is deprecated ) merujuk kepada sesiapa sahaja yang bersemangat menaruh perhatian atau rasa suka amat yakni "meminati" atau "menggemari"[3][4] sesuatu topik seperti kugiran, pasukan dalam sesebuah sukan, karya rekaan atau genre rangkuman karya tersebut, malah juga orang ternama termasuk negarawan. Minat yang sama terhadap benda atau orang tertentu ini mendorong pembentukan suatu lingkungan yang boleh berkembang menjadi lebih besar.

Minat golongan sebegini mendorong mereka mengadakan perjumpaan khusus, berkarya yang menumpu khusus terhadap topik disentuh (misalnya dalam bentuk cereka peminat); serta menulis surat meluahkan kepentingan dan perhatian mereka ataupun mewarwarkan mengenai perkara disukai mereka.

Gambaran sikap

Topik tumpuan

Para peminat ini sering dikelaskan mengikut topik yang disukai dan diikuti:

Selebriti

Peminat yang tertarik kepada bintang filem, penyanyi, atlet atau selebriti (lihat idola remaja) akan sering ikuti perkembangan dan kegiatan dilakukan tokoh kesayangan mereka.

Politik

Individu atau kelompok yang berkecenderungan kepada sesuatu fahaman politik dibawa parti tertentu boleh juga dianggap sedemikian, namun lebih berkait dengan tindakan "menyokong". Golongan penyokong sanggup berbakti dan mencurahkan tenaga dan harta demi menjayakan ahli politik tertentu dan parti yang dijawat. Namun, kecenderungan ini juga boleh mencapai tahap melampau sampai wujudnya kelompok yang taksub tinggi (misalnya dalam kultus individu) - pengikut jenis ini selalunya ada dalam pemerintahan bersifat kediktatoran atau autoritarian.

Sukan

Di stadium atau arena, peminat sukan akan bersorak menunjukkan sokongan terhadap pemain atau pasukan tertentu..

Cereka sains

Cereka sains mula mendapat perhatian sejak tahun 1920-an, perkembangan berkaitan genre ini semakin rumit subbudayanya lalu memunculkan suatu kepeminatan hasil hubungan surat-menyurat sesama pembaca majalah cereka sains.

Hubungan ini turut telah memupuk minat dalam kalangan penulis, pengarang dan artis baru termasuk seperti Ray Bradbury, Roger Ebert, Lenny Kaye, Michael Moorcock dan Trina Robbins.

Persepsi dalam masyarakat

Penggelaran individu tertentu ke dalam kelompok ini seringkali mempunyai stigma sosial yang melekat hasil stereotaip mengukuh.

Gelaran yang mengkhusus kepada kaum lelaki (yakni maskulin) iaitu fanboy sering dikaitkan dengan tanggapan bersikap terlalu agresif, celupar dan sangat melindungi barang diminat yang dianggap mencapai tahap ketaasuban.[5] Gelaran yang mengkhusus kepada kaum perempuan (yakni feminin) iaitu fangirl pula cenderung khusus sebagai gelaran mencemuh remaja kononnya kerana perangai mentaksub bercampur terlalu ikut emosi dan romantis pada tahap yang menakutkan penggelar; malah ada juga yang anggap gelaran sedemikian untuk menuduh seseorang tidak ikhlas dalam minatnya terhadap sesuatu topik dan hanya mengikut sohoran semata-mata kerana rasa serong terhadap kaum wanita.[6]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "penggemar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Ratma Sugihartati (9 Julai 2017). "Penggemar dan Perangkap Kapitalisme". Jawa Pos. Dicapai pada 20 November 2019.
  3. ^ "minat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "gemar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ "Fanboys". The Verge. 24 Januari 2014. Dicapai pada 3 September 2016.
  6. ^ Scott, Suzanne (2013). "Fangirls in refrigerators: The politics of (in)visibility in comic book culture". Transformative Works and Culture. Organization for Transformative Works. 13. Dicapai pada 3 September 2016.
  • l
  • b
  • s
Mengikut jenis
Genre
  • Kepeminatan fantasi/seram
  • Fandom furry
  • Fandom fiksyen sains
  • Fandom Yaoi
Sederhana khusus
Pengeluaran khusus
  • Brony
  • Browncoat
  • Fandom Harry Potter
  • Fandom James Bond
  • Fandom Stargate
  • Fandom Tolkien
  • Trekkie
  • Whovian
Demografi
  • Anti peminat
  • Mengikut kultus
  • Peminat
  • Groupie
  • Otaku
  • Stan
Organisasi dan peristiwa
  • Persatuan akhbar amatur
  • Kelab peminat
  • Konvensyen peminat
  • Kelab permainan
  • Kebangkitan sejarah
  • Aksi sebenar RPG
  • Organisasi Transformatif Kerja
Penerbitan dan aktiviti
  • Video muzik anime
  • Seni peminat
  • Suntingan peminat
  • Fiksyen peminat
  • Filem peminat
  • Buruh peminat
  • Surat peminat
  • Terjemahan peminat
  • Fanac
  • Laman peminat
  • Perbincangan peminat
  • Majalah peminat
  • Muzik filk
  • Fiksyen orang sebenar
  • Vidding
  • Zine
Konvensyen
  • Anime
    • senarai
  • Buku komik
  • Berbulu
    • senarai
  • Permainan
    • senarai
  • Seram
  • Multigenre
  • Fiksyen sains
    • senarai / mengikut tarikh penubuhan
Topik