Parti Pekerja Korea

Bendera Parti Pekerja Korea

Parti Pekerja Korea (Korea: 조선로동당code: ko is deprecated Chosŏn Rodongdang) ialah sebuah parti politik yang memerintah Republik Demokratik Rakyat Korea (atau Korea Utara). Ia merupakan parti berkeanggotaan terbesar dalam Perhimpunan Rakyat Agung negara tersebut. secara de jure dengan dua parti kecil lain yang membentuk suatu gagasan bernama Barisan Demokratik Menyatukan Tanah Air. Ia juga mengawal Tentera Rakyat Korea, angkatan bersenjata negara tersebut.

Parti ini diisytiharkan sebagai suatu kelompok haram menurut Akta Keselamatan Negara Korea Selatan, malah turut disekat Australia, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1]

Rujukan

  1. ^ Executive Order -- Blocking Property of the Government of North Korea and the Workers' Party of Korea, and Prohibiting Certain Transactions with Respect to North Korea

Pautan luar

  • Rodong Sinmun – akhbar rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea
  • Profil mengenai pertubuhan ini di Naenara