Mazleela

  • Penyanyi
  • Pemuzik
  • Pelakon
Tahun aktif1991–kiniKerjaya muzikGenrePopInstrumen
  • Vokal
  • Gitar
Syarikat rakaman
Suria Records (1995–2005)
Pengkarya berkait
  • Candy
  • 2 By 2
  • Siti Nurhaliza
  • Liza Hanim
  • Ning Baizura
  • Noraniza Idris
  • Anis Suraya
  • Ziana Zain
  • Adnan Abu Hassan
  • Siti Sarah
  • Misha Omar
  • Shila Amzah

Mazlila Mazlan, lebih dikenali sebagai Mazleela (lahir 21 April 1972) merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dipengaruhi oleh penyanyi Sweden, Anni-Frid Lyngstad mula meraih kemasyhuran dalam bidang muzik pada 1990-an selepas bakatnya dicungkil oleh komposer ternama, Adnan Abu Hassan seterusnya mengikat kontrak bersama Suria Records dan telah menerbitkan empat album solo dan satu album kompilasi. Sebelum sebagai penyanyi solo, Mazleela adalah bekas pemain gitar utama kumpulan muzik Candy (pada masa itu ia dipanggil D'Rozza dan G-Saphia)

Kerjaya muzik

Mazleela, mesra dengan panggilan Maz yang wajahnya menyerupai penyanyi Sweden, Anni-Frid Lyngstad dengan memulakan kerjayanya untuk berhijrah ke Kuching, Sarawak pada tahun 1991. Maz diserap sebagai pemain gitar utama untuk menyertai kumpulan D'Rozza bersama rakan-rakannya Mary Morss (gitar irama, vokal latar), Connie Sangid (dram), Nancy Graggory (bass), Meggry Graggory (vokal utama) dan Yolanda Entika (keyboard). Pada tahun 1992, syarikat Casaphia Studio telah membawa mereka untuk bernaung di bawahnya, dan kumpulan ini menukar namanya menjadi G-Saphia. "G" ialah singkatan untuk "Girls". Pemain keyboard, Danita Ng menyertai kumpulan ini tetapi untuk jangka masa yang pendek. Pada tahun yang sama, adik perempuannya, Janice mengambil alih tempatnya tetapi tidak lama. Pada masa yang sama juga, Meggry meninggalkan kumpulan dan tempatnya digantikan dengan Patricia Robert, seorang artis rakaman dan penyanyi lagu Iban di Sarawak. Sehingga akhirnya, Maz terpaksa keluar dan memutuskan berhijrah ke Kuala Lumpur. G-Saphia kemudian berubah menjadi sebuah kumpulan rock yang kini lebih dikenali sebagai Candy. Di Kuala Lumpur, Mazleela kemudian memulakan kerjaya muzik sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 apabila Adnan Abu Hassan (yang menjadikan Siti Nurhaliza dan Nora antara nama besar dalam industri muzik) menggilap bakatnya kerana Adnan yakin dengan bakat yang dimiliki oleh Maz.

Di bawah bimbingan Adnan, beliau mengikat kontrak bersama Suria Records dan seterusnya muncul bersama album pertama, Deraan Kasih (1995) dan merakamkan empat lagi album di bawah SRC. Namanya mula melonjak naik menerusi lagu terakhirnya "Tabah" yang dimuatkan dalam album kompilasi pertamanya, The Best Of Mazleela (2002). Beliau meninggalkan SRC pada 2005 dan sejak itu beliau pernah menyanyi di Istana Johor.

Gegar Vaganza (Musim 6)

Beliau menjadi salah seorang peserta dalam program realiti Astro, Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019, turut disertai oleh Noorshila Amin, Nur Fatima, Tahir "Jatt" Ali dan Sham Visa antara peserta lain.[1][2] Beliau menjadi peserta pertama yang tersingkir.[3] Berikut di bawah ialah senarai persembahan beliau di Gegar Vaganza 6:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Tabah" Dirinya sendiri Ke-13 (Terselamat)
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Apa Khabarmu Di Sana" Ramlah Ram Tersingkir

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan mempunyai dua anak.[4] Mazleela mendedahkan bahawa beliau pernag berdepan masalah kesihatan apabila injap jantung tersumbat pada 2016, bagaimanapun penyakitnya itu tidak serius dan terkawal dengan bantuan ubat-ubatan. Berikutan itu, susuk tubuh beliau mula menyusut mengakibatkan beliau boleh menyanyikan lagu bernada tinggi.[5][6][7]

Diskografi

Album studio

Album kompilasi

  • The Best Of Mazleela (2002)

Album bersama artis-artis SRC

  • SRC Syok (1997)
  • Srikandi (1999)
  • Seleksi Hari Raya (1999)
  • Aidilfitri Di Alaf Baru (2000)
  • Gema Hari Raya (2000)
  • Fiesta Aidilfitri (2002)
  • Riang Ria Aidilfitri (2003)

Rujukan

  1. ^ Mungkinkah Jatt Black Dog Bone, Deja Moss dan Sham Visa peserta Gegar Vaganza ke-6? Astro Awani (19 September 2019). Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  2. ^ Sham Visa, Mazleela & Feeza antara peserta Gegar Vaganza 6, ini barisan lengkap para pesertanya Media Hiburan. Dicapai pada 24 November 2019.
  3. ^ Qarami Hashim (20 Oktober 2019). Mazleela peserta pertama tersingkir GV6 mStar Online. Dicapai pada 24 November 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (28 Julai 2018). Mazleela tumpu keluarga Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2018.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Oktober 2019). Injap jantung Mazleela tersumbat Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2019.
  6. ^ Rudy Imran Shamsudin (21 Oktober 2019). Mazleela derita lemah injap jantung Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  7. ^ Fadhli Sulaiman (17 Oktober 2019). Alami injap jantung lemah, Mazleela tetap berentap di pentas GV6 Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2019.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Mazleela
  • Diskografi
Album studio
Album kompilasi
  • The Best of Mazleela
  • l
  • b
  • s
Musim 1
Musim 2
Musim 3
Musim 4
Musim 5
Musim 6
Musim 7
Musim 8
Musim 9
1 menunjukkan telah meninggal dunia.