Masjid Raja Nazrin Shah

مسجد راج نذرين شاهcode: ms is deprecated
Pemandangan masjid
Maklumat amMula dibina9 Januari 1996Dibuka pada12 Jun 1998Maklumat pentadbiranImamImam Hasnul Syuhudi Bin Abdullah (Imam Besar)
Imam Mawar Bin Mukri (Timb. Imam Besar)
Imam Mohammad 'Atiq Bin Johari
Imam Muhammad Nooriesham Bin Abd Rahman
BilalBilal Mawi Bin Buki
Bilal Mohammad 'Atiq Bin Johari
Bilal Abdul Aziz Bin Bahari
PengerusiHaji Mat Razali Bin Haji Abdul RahmahNo DaftarJAIPK / BPM / IPH / MAJ / 33Maklumat geografiNegara MalaysiaNegeri Perak PerakDaerahIpohLokasiHala Rapat Jaya Tambahan 8, Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350Koordinat4°33′12″N 101°05′47″E / 4.553382°N 101.096474°E / 4.553382; 101.096474Koordinat: 4°33′12″N 101°05′47″E / 4.553382°N 101.096474°E / 4.553382; 101.096474Maklumat pembinaanBil. tingkat2 tingkatLaman sesawanghttps://www.facebook.com/MasjidRajaNazrinShahOfficial/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Raja Nazrin Shah ialah sebuah masjid yang terletak di Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh, Perak. Masjid ini merupakan tempat ibadah utama bagi peduduk yang tinggal di kawasan perumahan sekitarnya iaitu Kampung Rapat Jaya Tambahan, Taman Lapangan Jaya, Taman Raja Ekram, Taman Bandar Cyber dan Taman Sri Perkasa.

Masjid ini mula dibina pada 9 Januari 1996. Perasmian masjid ini pula telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 17 Safar 1419 Hijri bersamaan 12 Jun 1998 Masihi. Masjid yang berkeluasan kira-kira 3 ekar ini telah dibina di atas tanah yang telah diwartakan khas oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu tapak khusus bagi pembinaan masjid di sekitar Ipoh.

Sejarah Penubuhan

Kisah pembinaan Masjid Raja Nazrin Shah bermula apabila Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersama putera sulungnya iaitu Sultan Nazrin Shah menunaikan solat fardu di sebuah surau di Kampung Rapat Jaya Tambahan. Surau tersebut telah dinaiktaraf sebagai Sekolah Agama Rakyat Al-Islamiah yang masih terletak di lokasi yang sama.

Selesai menunaikan solat bersama penduduk kampung, Sultan Nazrin Shah menyatakan hasrat untuk mencari kawasan tanah yang bersesuaian untuk membina sebuah masjid bagi penduduk kampung itu. Pada ketika itu, surau tersebut juga telah mula mengutip dana dan sumbangan untuk menaiktarafkan surau mereka yang daif.

Hasrat baginda telah ditunaikan oleh Mufti Perak pada waktu itu iaitu Allahyarham Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria apabila beliau mencadangkan beberapa kawasan tanah yang bersesuaian kepada baginda. Pembinaan Masjid Raja Nazrin Shah telah memakan kos sebanyak RM900,000 yang sepenuhnya disumbangkan oleh Raja Nazrin Shah.

Persekitaran masjid pada sekitar tahun 2000

Persekitaran masjid pada sekitar tahun 2000 masih dikelilingi oleh hutan-hutan yang belum diteroka dan Jalan Jerat Cina iaitu Leong Sin Nam Tomb telah menjadi laluan utama bagi para jemaah yang tinggal di kawasan sekitarnya untuk pergi ke masjid. Namun demikian, berikutan pembangunan yang pesat di Kampung Rapat Jaya Tambahan dari segi penambahbaikan jalan raya, bangunan-bangunan dan pembinaan kawasan perumahan rumah teres telah menjadi asbab kepada kemeriahan Masjid Raja Nazrin Shah. Hal ini disebabkan faktor kepadatan penduduk telah berjaya menambahkan bilangan jemaah untuk beribadah di masjid tersebut.

  • Gambar Masjid Raja Nazrin Shah sekitar tahun 2005
    Gambar Masjid Raja Nazrin Shah sekitar tahun 2005
  • Antara babak didalam telemovie Meniti Senja (2005) yang memaparkan suasana di dalam Masjid Raja Nazrin Shah.
    Antara babak didalam telemovie Meniti Senja (2005) yang memaparkan suasana di dalam Masjid Raja Nazrin Shah.
  • Gambar kenangan ketika proses awal pembangunan Masjid Raja Nazrin Shah
    Gambar kenangan ketika proses awal pembangunan Masjid Raja Nazrin Shah





Seni bina

Masjid ini berkonsepkan seni bina Afrika Selatan dan Timur Tengah. Namun begitu ia dibina lebih ringkas dengan hanya sebuah kubah sahaja di bahagian bumbungnya yang berbentuk rata dan tanpa dilengkapi dengan menara sebagaimana kebiasaan. Bangunan masjid ini dibina dua tingkat dengan menampakkan perbezaan ukuran kelebaran saiz antara tingkat atas dan bawah.[1]

Antara masjid yang mempunyai seni bina yang sama seperti Masjid Raja Nazrin Shah ialah Masjid Ar Rahmaniah Felda Lasah, Sungai Siput, Perak, Masjid Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan dan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.

  • Masjid Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
    Masjid Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
  • Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya, Temerlong, Pahang.
    Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya, Temerlong, Pahang.
  • Masjid Ar-Rahmaniah Felda Lasah, Sungai Siput, Perak,

Nama Masjid

Nama Masjid Raja Nazrin Shah diberikan bersempena Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah[1] yang merupakan penyumbang terbesar dalam pembinaan masjid tersebut dan turut memegang gelaran Raja Muda pada ketika itu.

Masjid Raja Nazrin Shah masih kekal menggunakan nama tersebut sehingga kini walaupun Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Shah mendapat gelaran Doktor Falsafah setelah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Pertukaran nama tidak berlaku disebabkan pihak masjid tidak mendapat arahan rasmi daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) untuk mewartakan Masjid Raja Nazrin Shah kepada Masjid Raja Dr Nazrin Shah walaupun nama baru tersebut telah digunakan secara meluas dalam sumber Internet. Pihak masjid tidak boleh menukar nama masjid sesuka hati berikutan proses tersebut melibatkan prosedur yang rumit oleh MAIPK.

  • Gambar Tapak Perasmian Masjid Terkini
    Gambar Tapak Perasmian Masjid Terkini
  • Sijil Pendaftaran Rumah Ibadat Masjid Raja Nazrin Shah
    Sijil Pendaftaran Rumah Ibadat Masjid Raja Nazrin Shah


Logo Masjid

Logo Masjid Raja Nazrin Shah

Bentuk kubah membawa maksud institusi masjid.

Bulan & bintang membawa maksud syiar Islam.

Bintang 5 bucu bermaksud rukun Islam.

Warna putih kuning dan hitam melambangkan warna bendera negeri Perak.



Motto Masjid Raja Nazrin Shah

Memacu Kemakmuran Dan Ketaqwaan

Visi

Memperkasakan masjid sebagai sebuah institusi yang cemerlang melalui kepelbagaian aktiviti berlandaskan penghayatan Al-Quran dan As Sunnah.

Misi

Memperkasakan pentadbiran dan pengimarahan masjid dengan penyampaian ilmu dan penghayatan melalui amalan yang lebih dinamik.

Membentuk jatidiri jemaah dan pentadbir agar lebih beretika dan bertatasusila.

Melestarikan persekitaran dan fizikal dalam dan luar masjid agar lebih kondusif dan berketerampilan.

Membentuk semangat solat berjemaah dan pengimarahan masjid dikalangan kanak-kanak dan belia.

Melaksanakan pengurusan masjid yang lebih cekap dan efisyen dengan berlandaskan Maqosid Syariah dan Pembangunan Insan.

IPOH 28 Jun 2023 – Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan menunaikan solat Isyak dan bertakbir raya Aidiladha di Masjid Raja Nazrin Shah, Kg Rapat Jaya Tambahan. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Carta Organisasi Masjid Raja Nazrin Shah 2023-2026

Carta Organisasi MRNS 2023/2026
  1. ^ Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 2024-02-11, dicapai pada 2024-02-18