Malaran tak geser sisian lelangit
Nombor AFA | 157 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | L | ||
| |||
Sampel audio | |||
sumber · bantuan |
Malaran tak geser sisian lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʎ (huruf y kecil yang dipusingkan 180 darjah) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan L dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
Ciri-ciri malaran tak geser sisian lelangit:
- Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
- Daerah artikulasinya adalah lelangit, iaitu disebut dengan bahagian tengah atau belakang lidah menyentuh lelangit keras.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini merupakan konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.