Lamian

Semangkuk mi tarik atau lamian cara Lanzhou.

Lamian (Cina Tradisional: 拉麵code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 拉面code: zh is deprecated , pinyin: lāmiàn) atau mi tarik (terjemahan ungkapan Cina) ialah sejenis mi lembut diperbuat dari gandum; ia dibuat dengan menarik dan meregang serta melipat doh tepung hingga dapat dileraikan menjadi utasan-utasan panjang.[1] Mi ini pertama kali dicatatkan pembuatannya dalam Songshi Yangsheng Bu (Cina ringkas: 宋氏养生部code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 宋氏養生部code: zh is deprecated ) dikarang Song Xu bertarikh 1504.[1]

Mi ini sering dimasak dalam dua cara, sama ada dalam sup sebagai tāngmiàn (Bahasa Cina: 湯麵code: zh is deprecated , "mi sup") atau digoreng berkuah sebagai 'chǎomiàn (Bahasa Cina: 炒麵code: zh is deprecated , "mi goreng"); mi tarik yang digunakan dalam cara goreng ini agak besar atau "kasar" berbanding mi dalam cara sup.[2] Mi ini merupakan antara masakan keistimewaan masyarakat Hui yang hidup di barat laut tanah besar China (terutamanya kota Lanzhou[2]) di mana masakan ini mengutamakan bahan-bahan halal selari dengan anutan Islam mereka.[3]

Pembuatan

Doh atau adunan tepung diuli dan diregang lipat untuk menyelarikan gluten sebelum dibahagikan kepada bahagian yang cukup besar. Segumpal dari bahagian ini ditarik jarak sedepa membentuk suatu gelung sebelum ditarik dari satu hujung dipegang pada gelung tersebut dengan hujung doh; proses ini dilakukan secara berulang kali sehingga mencapai ketebalan diingini sambil terurai kepada utasan lebih banyak dan panjang.

Pembuat mi tarik di Lanzhou melakukan peregangan doh secara pantas dan berterusan tanpa henti manakala pembuat di Beijing lebih memintal doh dengan memusingkan doh yang dipegang sebelum dilonggarkan; malah tepung adakala ditambah sedikit untuk mengelakkan terlekitnya tali-tali doh.

  • Pelipatan doh lamian dilakukan tukang mi di Dalian
    Pelipatan doh lamian dilakukan tukang mi di Dalian
  • Penarikan tali-tali lamian yang memanjang
    Penarikan tali-tali lamian yang memanjang

Lihat juga

  • Ramen

Rujukan

  1. ^ a b Serventi, Silvano; Sabban, Francoise (2000). Pasta: The story of a universal food. Diterjemahkan oleh Shugaar, Antony. New York: Columbia University Press. m/s. 334, 337. ISBN 978-0-231-12442-3.
  2. ^ a b Zubir Mohd Yunus (7 November 2015). "Penangan ramen daging goreng Restoran Mee Tarik Warisan". Berita Harian.
  3. ^ Gladney, Dru C. (1996). Muslim Chinese: Ethnic Nationalism in the People's Republic (ed. 2). m/s. 171–173. ISBN 0-674-59497-5.