Labelum (botani)

Si kasut puan menonjol (Cypripedium reginae) dengan bibir dadu
P: Petalum - ranggi
S: Sepalum - kelopak
L: Labelum - bibir

Dalam botani, labelum, turut disebut bibir atau lidah, ialah bahagian bunga anggerik atau tasbih, atau genus lain yang kurang dikenal, yang berperan menarik perhatian serangga yang menyari bunganya, dan bertindak selaku pelantar mendarat baginya.

Labelum (daripada Inggeris labellum, jamak: labella) adalah mimitan Latin bagi labrum, bermaksud "bibir".

Labelum atau bibir bunga ialah ranggi yang terubah suai dan boleh dibezakan dengan ranggi lain, dan dengan kelopak oleh ukurannya yang besar, dan ia kerap berbentuk tidak sekata. Ia tidaklah luar biasa untuk dua ranggi lain bunga anggerik tampak macam kelopak, dengan itu, bibirnya jelas kelihatan berlainan.[1]

Pada anggerik, bibirnya adalah ranggi tengah yang terubah suai yang duduk bertentangan dengan sulur bunganya yang subur dan selalunya terubah suai sangat tinggi berbanding keratan sari salut lain. Ia kerap bersatu dengan turus dan boleh terekat atau tergerakkan, memudahkan pendebungaan. Kerap kali, bibir anggerik terbelah menjadi tiga cuping atau lebih.

Galeri

  • Bibir pada kacukan Phalaenopsis
    Bibir pada kacukan Phalaenopsis
  • Orchis italica atau 'anggerik manusia telanjang', menunjukkan bibir yang terbelah kepada beberapa cuping
    Orchis italica atau 'anggerik manusia telanjang', menunjukkan bibir yang terbelah kepada beberapa cuping
  • Bibir anggerik Laelia superbiens, menunjukkan lima rabung kalus beralunnya
    Bibir anggerik Laelia superbiens, menunjukkan lima rabung kalus beralunnya
  • Bibir dengan kalus yang terubah suai sangat tinggi pada spesies Chiloglottis
    Bibir dengan kalus yang terubah suai sangat tinggi pada spesies Chiloglottis

Rujukan

  1. ^ Bailey, L. H. Gentes Herbarum: Canna x orchiodes. (Ithaca), 1 (3): 120 (1923); Khoshoo, T. N. & Guha, I. Origin and Evolution of Cultivated Cannas. Vikas Publishing House.