Kertau

Kertau
Kertau ranum di pokoknya
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Moreae
Genus: Morus
L.
Spesies

Lihat teks.

Kertau, bebesaran atau mulberi ialah sejenis tumbuhan dalam genus Morus dari keluarga Moraceae.[1] Genus ini terdiri dari 64 spesies[2] yang bertaburan asal dari kawasan beriklim sederhana dunia,[3][4][5] Genus ini mempunyai tiga spesies terkenal iaitu kertau putih (Morus alba), kertau merah (M. rubra) dan kertau hitam (M. nigra) dengan banyak kultivar.[6][2]

Pokok-pokok ini terkenal akan penggunaan dedaunannya sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies dalam genus ini, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marmar yang kuat dan keras.

Botani

Pokok-pokok genus Morus cepat tumbuh ketika muda sehingga mencapai setinggi 24 meter (80 ka).[4][6] walaupun ditanam terus anak benih, namun pertumbuhan ini lama-kelamaan biasanya akan mula menjadi lambat. Dedaunnya tumbuh bersusun berurat jejala, bercuping dan bergerigi di sisi.[4][6]

Buah pokok kertau atau mulberi ini menggugus majmuk memanjang antara 2–3 cm (341 14 in).[4][6] Ia mula muncul berwarna putih, hijau atau kekuningan[6] di mana ia memerah semasa masak sehingga ranum berwarna ungu gelap atau hitam; buah masak ini mempunyai rasa enak manis.[4][6]

Peristilahan

Nama "kertau" (Jawi: كرتاوcode: ms is deprecated ) merupakan nama setempat paling umum untuk genus Morus namun boleh merujuk kepada spesies-spesies berbeza sama ada dari jenis Morus indica, Morus macroura mahupun Morus alba.[7] Malah, ia sewarisan dengan nama kartan di Kalimantan Utara,[8] kerto di Gayo serta kitau di Lampung. Perkataan lain yang hampir sama ialah keretai.[9]

Taksonomi

Bidang ilmu taksonomi Morus sebenarnya sangat rumit dan sukar untuk dirungkaikan. Sebenarnya terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga kertau sahaja dalam dunia ini yang telah dinamai. Namun kebanyakan daripada spesies yang tersenarai masih diperdebatkan sehingga ke hari ini.

Berikut ialah spesies-spesies Morus yang diterima umum setakat ini:[10]

  • Morus alba L. – kertau putih (Asia Timur)
  • Morus australis Poir. – kertau Cina (Asia Tenggara)
  • Morus boninensis Koidz.
  • Morus cathayana Hemsl.
  • Morus celtidifolia Kunth (Amerika Latin & Mexico)
  • Morus indica L.
  • Morus insignis Bureau (Amerika Selatan (yang hidup di lembah Amazon)
  • Morus koordersiana J.-F.Leroy
  • Morus liboensis S.S.Chang – Wilayah Guizhou di China
  • Morus macroura Miq. – kertau andalas, kertau panjang (Tibet, Himalaya, Indochina)
  • Morus mesozygia Stapf – kertau Afrika (Afrika Tengah dan Selatan khususnya yang hidup di bahagian Congo)
  • Morus microphylla Buckley – kertau Texas (Mexico, Texas (AS))
  • Morus miyabeana Hotta
  • Morus mongolica (Bureau) C.K.Schneid.
  • Morus nigra L. – kertau hitam (Iran, Caucasus Levant)
  • Morus notabilis C.K.Schneid. – Wilayah Yunnan dan Sichuan di China
  • Morus rubra L. – kertau merah (Amerika Timur Laut)
  • Morus serrata Roxb. – Tibet, Nepal, barat laut India
  • Morus trilobata (S.S.Chang) Z.Y.Cao – Wilayah Guizhou di China
  • Morus wittiorum Hand.-Mazz. – China selatan

Kegunaan

Daun

Daun-daun kertau putih merupakan bahan makanan yang diberikan kepada ulat sutera untuk membesar dan menghasilkan kepompong berbenang sutera.[11][12]

Buah

Buah-buah kertau digunakan dalam pelbagai ramuan pencuci mulut.[4][6] Malah, buah pokok-pokok tersebut mengandungi antosianin[5] yang memberikan sifat warna cantik; maka buah-buah ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan menghasilkan pewarna makanan yang efektif dalam industri makanan.[4][5][13]

Galeri

  • Buah kertau di Libya.
    Buah kertau di Libya.
  • Kepelbagaian buah kertau yang sudah masak ranum.
    Kepelbagaian buah kertau yang sudah masak ranum.
  • Buah kertau andalas
    Buah kertau andalas
  • Kuntum bunga pokok Mulberi yang masih kuncup.
    Kuntum bunga pokok Mulberi yang masih kuncup.
  • Untai bunga betina kertau.
    Untai bunga betina kertau.
  • Bunga kertau hitam yang menunjukkan tanda-tanda keaktifan dengan reseptornya.
    Bunga kertau hitam yang menunjukkan tanda-tanda keaktifan dengan reseptornya.

Rujukan

  1. ^ "Morus L." Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma. Khidmat Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  2. ^ a b "Morus L." World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  3. ^ Suttie, J. M. (2002). "Morus alba L." Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  4. ^ a b c d e f g "Morus nigra (black mulberry)". Invasive Species Compendium. CABI. 20 November 2019. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  5. ^ a b c James A. Duke (1983). "Morus alba L., Moraceae: White mulberry, Russian mulberry, Silkworm mulberry, Moral blanco". Handbook of Energy Crops. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  6. ^ a b c d e f g "Mulberry". California Rare Fruit Growers. 1997. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  7. ^ Berdasarkan perbandingan takrifan sumber di bawah:
    • "kertau". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "kertau". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  8. ^ "Morus macroura". Tree Functional Attributes and Ecological Database.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕrĕtai". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 572 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  10. ^ "Morus L." Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 5 Julai 2021.
  11. ^ Ombrello, T. "The mulberry tree and its silkworm connection". Plant of the Week. Cranford, NJ: Union County College. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Oktober 2012.
  12. ^ "Mulberry silk". Central Silk Board, Ministry of Textiles - Govt of India. Dicapai pada 20 Oktober 2012.
  13. ^ "Scientific opinion on the substantiation of health claims related to various food(s)/food constituent(s) and protection of cells from premature aging, antioxidant activity, antioxidant content and antioxidant properties, and protection of DNA, proteins and lipids from oxidative damage pursuant to Article 13(1) of Regulation (EC) No 1924/20061". EFSA Journal. EFSA Panel on Dietetic Products, Nutrition and Allergies. 8 (2): 1489. 2010. doi:10.2903/j.efsa.2010.1752.

Pautan luar