Junainah Johari

  • Pop
  • balada
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Ideal Sisters

Junainah Johari (1962 – 8 Ogos 1998) merupakan seorang penyanyi wanita Singapura. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan Ideal Sisters.[1]

Biografi

Junainah dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Kembangan, Koloni Singapura.[2] Beliau ialah saudara kembar kepada Junaidah Johari. Junainah memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai salah seorang penyanyi kumpulan Ideal Sisters bersama kakak kembarnya, Junaidah dan ibu saudara mereka, Azizah. Ideal Sisters meraih kejayaan komersial pada 1980-an dan terkenal menerusi lagu "Hanya Sekali". Beliau telah menerbitkan dua album studio bersama kumpulan itu sebelum dibubarkan pada 1985. Beliau juga menjadi individu penting dalam syarikat rakaman Luncai Emas yang ditubuhkan pada 1990.

Beliau berkahwin dengan sifu M. Nasir pada 12 September 1981 dan dikurniakan lima anak – Yasin, Shafie, Ilham, Hidayat dan Nurnilam Sari.[2][3][4] Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat penyakit asma pada usia 36 tahun di Hospital Kuala Lumpur.[5][2]

Rujukan

  1. ^ Ku Seman Ku Hussein (13 Ogos 1998). "Apabila irama terhenti seketika". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Mei 2015.
  2. ^ a b c Hardi Effendi Yaacob (14 September 2008). "Pemergian tragis Junainah Johari". Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2009. Dicapai pada 12 Mei 2015.
  3. ^ Raihanah Abdullah (9 Ogos 1998). "Junainah bawa anak ke pejabat". Berita Minggu. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  4. ^ "Nana: Isteri, ibu dan segalanya..." Berita Harian Singapura. 16 Ogos 1998. m/s. 11. Dicapai pada 12 Mei 2015.
  5. ^ Saniboey Mohd Ismail (9 Ogos 1998). "Isteri M. Nasir meninggal". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mei 2015.

Pautan luar

  • Junainah Johari di Discogs
  • l
  • b
  • s
M. Nasir
Album studio
Album duet
Album instrumental
  • Irama (1982)
Album kompilasi
Lagu dan single
Konsert dan jelajah
Filemografi
Rencana berkaitan
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori