Ingatan baca sahaja

Jenis ingatan
Meruap
  • RAM
    • DRAM
    • eDRAM
    • SRAM
    • 1T-SRAM
  • Akan datang
    • T-RAM
    • Z-RAM
    • TTRAM
Tidak meruap
  • ROM
    • PROM
    • EPROM
    • EEPROM
  • NVRAM
    • Ingatan kilat
  • Akan datang
    • FeRAM
    • MRAM
    • PRAM
    • SONOS
    • RRAM
    • NRAM

Ingatan baca sahaja (read-only memory, ROM) merupakan sejenis ingatan komputer yang bersifat baca sahaja (read-only). Ini bermaksud kandungannya boleh dibaca berkali-kali tetapi tidak boleh diubah (dengan senang).[1] Oleh itu ingatan jenis ini biasanya digunakan dalam pengedaran perisian tegar (firmware), iaitu perisian yang berkait rapat dengan perkakasan, dan kurang kemungkinan memerlukan peningkatan.

ROM semikonduktor moden biasanya berbentuk paket IC, iaitu "cip komputer", dan tidak dapat dibezakan sekali pandang dengan cip lain seperti RAM kecuali dengan melihat teks tercetak pada cip tersebut. "ROM" dalam erti sebenarnya cuma boleh dibaca, tetapi semua ROM perlu membolehkan data ditulis ke dalamnya sekurang-kurangnya sekali, sama ada semasa pembuatan awal di kilang atau dalam satu peringkat yang dipanggil "pemprograman". Sesetengah ROM boleh dipadam dan diprogram semula beberapa kali, namun ia masih tetap dirujuk sebagi "baca sahaja" kerana proses pemprograman semula itu agak jarang, dan memerlukan kandungannya dipadam penuh dan ditulis semula, bukannya penulisan atau pemadaman bit atau perkataan yang kerap seperti RAM.

Secara umumnya, ingatan baca sahaja atau ROM adalah jenis ingatan yang tidak meruap, bermaksud kandungan data yang disimpan di dalam ROM dapat dikekalkan apabila bekalan kuasa dimatikan, berbeza dengan kandungan data di dalam RAM yang akan hilang apabila bekalan kuasa dimatikan.

Jenis ROM

Berasaskan semikonduktor

Cip ROM klasik yang diprogram menggunakan topeng ditulis ketika dihasilkan dan tidak boleh ditukar selepas itu. Selain itu terdapat juga ingatan keadaan-pepejal lain:

  • Ingatan baca sahaja boleh diaturcara semula (PROM) - jenis ROM yang boleh diaturcara semula menggunakan sebuah pemprogram khas tetapi cuma sekali sahaja dan akan memadam kandungan data asal di dalamnya.
  • Ingatan baca sahaja boleh diaturcara semula dan dipadam (EPROM) - jenis PROM yang boleh dipadam semua kandungan data di dalamnya dan seterusnya ditulis semula. Data dipadam dengan menggunakan cahaya ultraungu.
  • Ingatan baca sahaja boleh diaturcara dan dipadam secara elektrik (EEPROM) - jenis EPROM yang boleh memadam kandungan data di dalamnya dengan aliran arus elektrik tertentu. Data ditulis dan dipadam secara bait demi bait dan berkelajuan rendah. Contohnya, ingatan kilat (flash memory).
  • Ingatan baca sahaja boleh diubah secara elektrik (EAROM) - jenis ROM yang boleh diubah bit demi bit. Ia perlahan dan menggunakan voltan bukan-piawai.

Lain-lain

  • CD-ROM bersifat baca sahaja, CD-R pula boleh ditulis sekali (seperti PROM) manakala CD-RW boleh ditulis beberapa kali (seperti EEPROM).

Rujukan

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "ingatan baca sahaja". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 22. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar

  • (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Ingatan baca sahaja secara ringkas Diarkibkan 2008-05-18 di Wayback Machine
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS PCI • PCI Express • USB HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE SATA • RAID SCSI • CD-ROM CD-RW • DVD-ROM DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain