Hukum Godwin

Hukum Godwin (juga dikenali sebagai Peraturan Godwin untuk Analogi Nazi)[1] merupakan sebuah pepatah yang dihuraikan oleh Mike Godwin pada tahun 1990. Hukum ini menyatakan bahawa:[2]

Selagi sesuatu perbincangan atas talian berterusan, kemungkinan sesuatu perbandingan yang melibatkan Nazi atau Hitler mendekati satu.

— Mike Godwin <[email protected]>

Hukum Godwin sering dipetik dalam perbincangan atas talian sebagai amaran terhadap penggunaan perbandingan yang melampau dan mengapi-apikan perasaan.

Hukum ini tidak membuat apa-apa pernyataan tentang sama ada rujukan atau perbandingan kepada Adolf Hitler atau para Nazi adalah sesuai, tetapi hanya menyatakan bahawa kemungkinan untuk sesuatu rujukan atau perbandingan yang sebegini untuk dimulakan adalah meningkat. Ini kerana kadangkala sesuatu perbandingan atau rujukan sebegini mungkin sesuai, Godwin menuduh [3] bahawa penggunaan perbandingan Nazi dan Hitler yang berlebihan sepatutnya dielakkan, kerana ini akan menjejaskan perbandingan yang sesuai.

Walaupun dalam salah satu bentuk awalnya Hukum Godwin khas merujuk kepada perbincangan newsgroup Usenet, [4] kini hukum ini dipakai untuk apa-apa saja perbincangan atas talian: senarai mel elektronik, papan pesanan, bilik perbualan, dan yang lebih baru komen dalam blog dan laman perbincangan wiki.

Godwin menyatakan bahawa beliau memperkenalkan Hukum Godwin sebagai sebuah eksperimen dalam memetik.[2]

Lihat juga

  • Hukum Benford untuk kontroversi
  • Reductio ad Hitlerum
  • Fail Jargon
  • Hukum Hofstadter

Rujukan

  1. ^ "How to post about Nazis and get away with it — the Godwin's law FAQ". Dicapai pada 2006-05-07.
  2. ^ a b Godwin, Mike (2004-10-01). "Meme, Counter-meme". Wired. Dicapai pada 2006-03-24. Check date values in: |year= (bantuan)
  3. ^ Cyber Rights: Defending Free Speech in the Digital Age
  4. ^ Godwin, Mike (1991-08-18). "Re: Nazis (was Re: Card's Article on Homosexuality". Kumpulan berita: rec.arts.sf-lovers. [email protected]. Check date values in: |date= (bantuan)
  • Godwin, Mike (2004-10-01). "Meme, Counter-meme". Wired Magazine. Dicapai pada 2006-03-24. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Godwin, Mike (1995-01-12). "Godwin's Law of Nazi Analogies (and Corollaries)". EFF "Net Culture - Humor" Archive. Electronic Frontier Foundation. Dicapai pada 2006-03-24. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Sexton, Richard (1989-10-16). "Re: .aquaria (Tropical fish. Good enough for Hitler, why not you ?)". Kumpulan berita: news.groups. [email protected]. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

Dengar rencana (info/dl)
noicon
Spoken Wikipedia
Spoken Wikipedia
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2005-07-01, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)
Rencana bertutur lagi
Ia merupakan versi bantuan audio bagi rencana ini rencana. Klik ini untuk bantuan audio.
Ia merupakan versi bantuan audio bagi rencana ini rencana. Klik ini untuk bantuan audio.
  • FAQ Hukum Godwin Diarkibkan 2006-06-19 di Wayback Machine (juga [1])
  • Hukum Godwin pada Fail Jargon Domain Awam
  • Mike Godwin mengusahakan sebuah blog undang-undang dipanggil "Godwin's Law"