H. M. Rohaizad

H.M. Rohaizad (1926 – 17 Disember 1961) merupakan seorang pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dilahirkan pada tahun 1926, nama sebenarnya ialah Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff[1] tetapi lebih dikenali dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman.

H. M. Rohaizad
Kelahiran
Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff

1926 (1926)
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia17 Disember 1961(1961-12-17) (umur 34–35)
Singapura
Sebab kematianSerangan jantung
PekerjaanPelakon, penolong pengarah, penulis lirik, lakon layar
Tahun aktif1953–1961
PasanganMariani
Anak-anak6 (termasuk Rozita dan Shasha Rohaizad)

Beliau menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di bawah pengurusan Malay Film Productions, Studio Jalan Ampas, Singapura sejak 7 Januari 1953.

Kehidupan peribadi

H.M. Rohaizad pernah mendirikan rumahtangga bersama seniwati Mariani dan dikurniakan 6 orang anak.

Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia pada 17 Disember 1961 di Singapura pada usia 35 tahun.

Filemografi

Filem

Sebagai penolong pengarah

  • Kerana Kau (1953)
  • Iman (1954)
  • Merana (1954)
  • Abu Hassan Penchuri (1955)
  • Roh Membela (1955)
  • Pencuri (1956)
  • Adek Ku (1956)
  • Keluarga Tolol (1956)
  • Belantara (1957)
  • Seruan Darah (1957) - sebagai pengarah bersama
  • Azimat (1958)
  • Sarjan Hassan (1958)
  • Kaki Kuda (1958)
  • Saudagar Minyak Urat (1959)
  • Samseng (1959)
  • Raja Laksamana Bentan (1959)
  • Lela Manja (1960)
  • Putera Sangkar Maut (1960)
  • Indera Bangsawan (1961)
  • Mas Merah (1961)
  • Aneka Hiboran (1961)
  • Seniman Bujang Lapok

Sebagai penulis

Sebagai penyanyi latar

Sebagai pelakon

Rujukan

  1. ^ Ensiklopedia-DBP
  • http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm[pautan mati kekal]
  • http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/jaga-anak-angkat-mummy-1.165498[pautan mati kekal]
  • http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm[pautan mati kekal]
  • https://www.thepatriots.asia/archives/4412/amp[pautan mati kekal]
  • http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131130/re_08/Zaiton-Zaini-rindu-keakraban-rakan Diarkibkan 2017-08-15 di Wayback Machine

Pautan luar

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.