Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap is located in Bumi
Gunung Yong Yap
Gunung Yong Yap (Bumi)
LokasiDaerah Kuala Kangsar, Perak
Jajahan Kecil Lojing, KelantanInduk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan[1] mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7000 kaki) atau dikenali sebagai G7 oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan, Gunung Korbu, Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat.[2]

Gunung Yong Yap mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Kejadian

Hilang Februari 2009

Pada 15 Februari 2009, Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, dari Bangi Selangor sesat ketika menuruni Gunung Yong Yap. Beliau dikesan menuju ke kawasan Kuala Mu bersempadan dengan negeri Perak. Beliau merupakan kerani RHB Bank, menyertai ekspedisi mendaki bersama 13 rakannya. Kerja-kerja pencarian disertai anggota polis, Unit Udara PolisDiraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk setempat diketuai Timbalan Ketua Polis Gua Musang, DSP Aziz Hassan. Markas mencari ditempatkan di Pos Brooke, Tanah Tinggi Lojing. Tumpuan di trek Kem Agas kerana tempat itu beliau dilaporkan hilang. Mohammed Hassan banyak kali mendaki gunung termasuk di Indonesia.Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman menyatakan operasi dihentikan selepas menerima arahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Pada 8 Mac 2009, seramai 30 anggota persatuan pendaki dari Kuala Lumpur melakukan operasi mencari mangsa tetapi menghentikan pencarian berikutan gagal menemui petunjuk kedudukan sebenar Mohamed Hassan.[3] Kerja-kerja mencari dan menyelamat juga dibantu oleh rakan Radio Amatur Gua Musang ( Kelab Praga [4]) yang bertindak sebagai jawatankuasa komunikasi.

Rujukan

  1. ^ Hiker rescued from Kelantan's Mount Yong Yap.
  2. ^ Theory and Practice in Hospitality and Tourism Research, edited by Salleh Mohd Radzi, Mohd Faeez Saiful Bakhtiar, Zurinawati Mohi, Mohd Salehuddin Mohd Zahari, Norzuwana Sumarjan, C.T. Chik, Faiz Izwan Anuar
  3. ^ Tanggung Sendiri Risiko, Kata Polis, Bernama
  4. ^ Masukkan teks nota kaki di sini

Pautan luar