Embolisme

Embolisme
Mikrograf bahan embolik di arteri buah pinggang. Buah pinggang tersebut dibuang melalui pembedahan kerana kanser. Pewarnaan H&E.
PengkhususanPembedahan vaskular
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Embolisme

Embolisme ialah penyumbatan yang disebabkan oleh embolus, iaitu bahan yang menyebabkan penyumbatan, di dalam saluran darah.[1] Embolus tersebut mungkin berupa darah beku (trombus), globul lemak (embolisme lemak), gelembung udara atau gas lain (embolisme udara), bendalir amnion (embolisme bendalir amnion), atau bendasing.

Embolisme boleh menyebabkan penyumbatan aliran darah secara sebahagian atau keseluruhan dalam saluran yang terjejas.[2] Penyumbatan sedemikian (oklusi vaskular) boleh menjejaskan bahagian badan yang jauh dari asal embolus. Embolisme yang berlaku oleh sebab embolus dari trombus dipanggil tromboembolisme.

Embolisme biasanya merupakan kejadian patologi disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Kadangkala ia dicipta dengan sengaja untuk tujuan terapeutik, seperti untuk menghentikan pendarahan atau membunuh tumor kanser dengan menghentikan bekalan darahnya. Terapi sedemikian dipanggil embolisasi.

Rujukan

  1. ^ Dorland's (2012). Dowland's Illustrated Medical Dictionary (ed. 32nd). Elsevier. m/s. 606. ISBN 978-1-4160-6257-8.
  2. ^ Britannica Concise Encyclopedia 2007