Diod pemancar cahaya organik

Paparan OLED 3.8 cm (1.5 inci)
Sony XEL-1 (depan)
Sony XEL-1 (sisi)

Diod pemancar cahaya organik (bahasa Inggeris: organic light-emitting diodecode: en is deprecated , OLED), juga dikenali sebagai polimer pemancar cahaya (light emitting polymer, LEP) dan elektro-pendarcahaya organik (organic electroluminescence, OEL), ialah sejenis diod pemancar cahaya (LED) yang mana lapisan elektropendarcahaya pancarannya terdiri daripada filem sebatian organik. Lapisan tersebut lazimnya mengandungi sejenis bahan polimer yang membolehkan sebatian organik yang sesuai dimendap. Bahan-bahan tersebut dimendap dalam susunan baris dan lajur pada pembawa rata melalui proses "pencetakan" yang ringkas. Hasilnya yang berbentuk matriks piksel boleh memancarkan cahaya pelbagai warna.

Sistem-sistem sedemikian boleh digunakan pada skrin televisyen, monitor komputer, skrin sistem mudah alih kecil seperti telefon bimbit dan PDA, pengiklanan, penerangan dan petunjuk. OLED juga boleh digunakan untuk punca cahaya untuk menerangkan ruang umum, dan unsur-unsur pancaran cahaya di kawasan besar. OLED biasanya memancarkan kurang cahaya per kawasan berbanding LED berasaskan keadaan pepejal bukan organik yang lazimnya direka untuk kegunaan sebagai punca cahaya titik.

Salah satu kelebihan terpenting OLED berbanding paparan hablur cecair (LCD) biasa adalah OLED tidak memerlukan cahaya belakang untuk berfungsi[1]. Oleh itu, panel OLED boleh memaparkan aras hitam yang dalam, kurang menggunakan tenaga, dan lebih nipis dan ringan berbanding panel LCD. Paparan OLED juga mencapai nisbah beza jelas yang lebih tinggi berbanding LCD.

Rujukan

  1. ^ OLED vs LCD Comparison[pautan mati kekal]

Pautan luar

  • www.OLED100.eu: project supported by the European Commission to develop practical and competitive OLED lighting
  • OLLA project: first large research project supported by the European Commission to develop OLEDs for Lighting Applications Diarkibkan 2021-02-23 di Wayback Machine
  • Structure and working principle of OLEDs and electroluminescent displays
  • Tutorial on the working principle of OLEDs at Ghent University Diarkibkan 2007-07-22 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Teknologi paparan
Video
CRT · Pemprosesan cahaya digital · Pemancaran medan · Laser TV · Diod pemancar cahaya (organik)
LCD · Plasma · SED · Pendarfluor vakum · Projektor video
Bukan video
Kertas elektronik · Flip-dot · Split-flap
Paparan 3D
Stereoskopi · Autostereoskopi · Volumetrik · Pancaran laser
Media pegun
Hologram · Projektor filem · Tanda neon · Projektor slaid