Demi Rindumu

Demi Rindumu
GenreMelodrama
Cinta
Keluarga
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Demi Rindumu karya Diya Jamal
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Tinta Jingga
  • Okthi Amra
PengarahHarris Fadzillah
Dibintangi oleh
  • Janna Nick
  • Sean Lee
  • Norman Hakim
  • Elvina Mohamad
Lagu pembukaanYang Satu - Akim & The Majistret
Lagu penutupKhayal - Stacy
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod16
Penerbitan
PenerbitWan Zamri bin Wan Abdul Kadir
Tempoh siaranIsnin - Khamis
10.00 malam
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
MNCTV (Sarikata Indonesia)
Siaran asal7 Oktober 2019 – 31 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiCinta Belum Tamat Tempoh
Diikuti olehSatukan Rasa

Demi Rindumu ialah sebuah siri drama televisyen Melayu tahun 2019 arahan Haris Fadzillah. Dibintangi oleh Janna Nick, dan Sean Lee. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 7 Oktober 2019 menggantikan Cinta Belum Tamat Tempoh. [1]

Sinopsis

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Pelakon

  • Sean Lee sebagai Haznik
  • Janna Nick sebagai Nurhana
  • Norman Hakim sebagai Nasrul
  • Elvina Mohamad sebagai Rania
  • Azri Sabri sebagai Izlan
  • Mustapha Kamal sebagai Hussin / Hassan
  • Raja Norbaizura sebagai Mariam
  • Hafeez Mikail sebagai Muzaffar
  • Riz Amin sebagai Johar
  • Sherry Ibrahim sebagai Suraya
  • Aleza Shadan sebagai Aida
  • Fazli Daniel Ali sebagai Irwan
  • Qazem Nor sebagai Fadhil
  • Naim Shamsul sebagai Aditya

Rujukan

  1. ^ Drama Demi Rindumu. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021

Pautan Luar

Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam
Sebelumnya Demi Rindumu Berikutnya
Cinta Belum Tamat Tempoh Satukan Rasa