Anugerah MeleTOP Era 2015

Anugerah MeleTOP Era 2015
PenghargaanPelakon, penyanyi, juruhebah radio
PenajaEra FM
Tarikh22 Februari 2015
LokasiStadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
PengacaraAC Mizal
Johan
Nabil Ahmad
Neelofa
Zizan Razak
Pengacara prapersembahanJihan Muse
Haniff Hamzah
Dahlia Shazwan
Ray
GanjaranRM 5,000 bagi setiap kategori berserta trofi
Anugerah pertama2015
Laman web rasmiwww.astrogempak.com.my/meletop/AnugerahMeletopEra.aspx
Liputan televisyen/radio
RangkaianAstro Ria
Astro Prima
Astro hitz
Astro Maya HD
Diterbitkan olehRaqim Ahmad Ramli
  • Anugerah MeleTOP Era 2014
  • Anugerah MeleTOP Era 2016 →

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang Legend"[1]. Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astro View. Program ini ditaja oleh kosmetik Aurawhite.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai bermula pada 12 Disember 2014, 6.00 petang hingga 11 Januari 2015, 12.00 tengah hari. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 16 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di dua buah laman web iaitu www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.

Seperti penganjuran sebelum ini, artis komedi masih menguasai anugerah utama iaitu dengan kemenangan Johan sebagai Top Top MeleTOP Lelaki manakala pelakon baharu Ayda Jebat pula memenangi bagi kategori wanita.

Persembahan

Showcase Pra-AME (Karpet Merah)

  • Black Hanifah & Caliph Buskers - "Madah Berhelah"
  • Aziz Harun - "Senyum"
  • Sofazr & Asfan Shah menampilkan R.J - "Peristiwa"
  • Saleem - "Suci Dalam Debu", "Blues Terengganu Kita"
  • Kumpulan Zero - Tarian Singa

Acara Utama

Penyampai Piala

Calon dan Pemenang

Pemenang Anugerah Top Top MeleTOP

Drama TV Meletop

  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan
  • Hantu Selfie
  • Aku Ada Wali
  • Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop

Hos TV Meletop

Pelakon TV Meletop

Program TV Meletop

Lagu Meletop

Penyanyi Meletop

Kumpulan/ Duo Meletop

Penyampai Radio Meletop

Program Radio Meletop

  • JoHaRa Pagi Era - Era FM
  • Pilih Hit Era - Era FM
  • Petang Era - Era FM
  • Morning Crew - Hitz FM
  • Sinar Pagi - Sinar FM

Filem Meletop

  • Abang Long Fadil (Skop)
  • Mat Tudung (KRU Studios)
  • Ustaz Mu Tunggu Aku Datang (Metrowealth)
  • Sejoli (Nuansa)
  • Penanggal (Astro Shaw / Primeworks)

Bintang Filem Meletop

Fesyen Meletop

Artis Baharu Meletop

Bintang Online Meletop

Couple Meletop

Rujukan

  1. ^ http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah/Lihat-Gosip.aspx?arc=6609&sec=78

Nota

  • l
  • b
  • s
Anugerah MeleTOP Era
Anugerah Era
2001  • 2002  • 2003  • 2004  • 2005  • 2006  • 2007
Anugerah MeleTOP Era
2014  • 2015  • 2016  • 2017  • 2018  • 2019  • 2020  • 2022
Tahun-tahun yang dipaparkan ialah tahun penganjuran, bukan tahun kelayakan.