Anjing pemburu Switzerland

Anjing pemburu Switzerland
Seekor anjing pemburu Switzerland daripada keragaman anjing pemburu Schwyz
Trait
Tinggi Jantan 49–59 cm (19–23 in)
Betina 47–57 cm (19–22 in)
Warna putih dan merah
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Switzerland[a] ialah sekumpulan anjing pemburu bau bertindihan yang berasal dari Switzerland. Baka ini mempunyai sebilangan keragaman.

Sejarah

Franz Rudolf Frisching dalam pakaian seragam pegawai Kor Pemburu Bern dengan anjing pemburu Switzerland-nya, dilukis oleh Jean Preudhomme pada tahun 1785

Anjing pemburu Switzerland diketahui telah wujud di Switzerland seawal abad pertama.[1] Anjing ini telah digambarkan pada mozaik yang berasal dari zaman Helvetia Rom di Avenches.[2] Pada antara abad ke-15 dengan abad ke-18, anjing ini mencapai kepopularan dalam kalangan pemburu Perancis dan Itali atas kecenderungan cemerlang terhadap pemburuan kelinci. Anjing-anjing pemburu bau Perancis mungkin sekali mempengaruhi perkembangan baka ini sebaik askar upahan Switzerland pulang ke tanah air mereka. Sebelum tahun 1880-an, anjing ini dianggap sebagai baka tunggal yang pelbagai yang kerap dirujuk sebagai beagle Switzerland atau anjing berjalan Switzerland. Walau bagaimanapun, pada tahun 1881, seorang ahli kinologi ternama Switzerland menilai bayak contoh dan menentukan bahawa terdapat 7 baka Switzerland berasingan.[3] Piawaian diasaskan untuk lima keragaman pada tahun 1889, termasuk anjing pemburu Bern, anjing pemburu Jura, anjing pemburu Luzern, anjing pemburu Schwyz, anjing pemburu Thurgau. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1933, anjing pemburu Thurgau telah lenyap dan keputusan dibuat untuk mengasaskan piawaian tunggal untuk sisa empat baka.[4][5] Walau bagaimanapun, ramai ahli kinologi masih menganggap keragaman-keragaman sebagai baka tersendiri masing-masing.[5]

Perihal

Anjing-anjing pemburu Luzern dari tahun 1915

Anjing pemburu Switzerland merupakan anjing pemburu cemerlang dan berdikari yang digunakan untuk mencari dan mengikuti bau malah melalui rupa bumi mencabar termasuk kelinci, rusa roe, rubah, dan kadang-kadang babi hutan.[5]

Penampilan

Anjing pemburu Switzerland berdiri setinggi 49–59 sentimeter (19–23 in) untuk yang jantan dan setinggi 47–57 sentimeter (19–22 in) untuk yang betina.[6] Baka ini berpenampilan umum seperti hound serupa dengan anjing pemburu berkaki pendek Switzerland, yang dianggap sebagai keturunan kepada anjing pemburu Switzerland. Kepalanya mengagumkan dengan wajah ramah dan lembut dan dadanya dalam. Tungkainya kuat dengan struktur tegap. Dengan rentak tenang, anjing ini mengangkat ekornya rendah-rendah; apabila berlari ekornya terangkat sedikit. Baka ini mempunyai telinga labuh panjang dan ekor panjang.[7]

Bulunya patut pendek, licin, dan padat. Sesetengah keragaman mempunyai bulu dawai walaupun kurang diingini.[8][9]

Anjing pemburu Bern

Anjing pemburu Bern

Anjing pemburu Bern[b] ditemukan di selatan Bern, ibu kota Switzerland. Ia berwarna putih, hitam, dan sawo matang.[4][10]

Anjing pemburu Jura

Anjing pemburu Jura

Anjing pemburu Jura[c] ditemukan di sepanjang wilayah Jura di sepanjang sempadan Perancis–Switzerland dan kadang-kadang dianggap sebagai anjing Perancis. Baka ini juga dikenali sebagai anjing pemburu Jura Bruno. Jenis ini biasanya berwarna perang dua kata[9] atau hitam dan sawo matang.[10]

Anjing pemburu Luzern

Anjing pemburu Luzern

Anjing pemburu Luzern[d] ditemukan di wilayah di sekitar Luzern. Ia mempunyai bulu licin dan pendek dengan penampilan "biru" yang merupakan hasil gabungan bulu belakang dengan bulu putih, yang sangat banyak berbintik; dengan tompok-tompok hitam atau pelana hitam.[10][9]

Anjing pemburu Schwyz

Anjing pemburu Schwyz

Anjing pemburu Schwyz[e] ditemukan di wilayah Schwyz. Jenis ini mempunyai bulu licin berwarna putih dengan tompok-tompok berwarna jingga kemerah-merahan. Keragaman ini agak jarang.[10][11]

Perangai

Anjing pemburu ini mempunyai deria bau hebat; ia pemburu pantas, tangkas, dan ghairah dengan daya ketahanan tinggi dan mampu menjejak berbagai buruan melalui bau secara berdikari di luar arahan sang pemburu.[2]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو سوءيتزرلندcode: ms is deprecated ; Jerman: Schweizer Laufhundcode: de is deprecated ; Perancis: chien courant suissecode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Swiss houndcode: en is deprecated
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بيرنcode: ms is deprecated ; Jerman: Berner Laufhundcode: de is deprecated ; Perancis: chien courant bernoiscode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Bernese houndcode: en is deprecated
  3. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو يوراcode: ms is deprecated ; Jerman: Jura-Laufhundcode: de is deprecated ; Perancis: chien courant suisse brunocode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Jura houndcode: en is deprecated
  4. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو لوتسيرنcode: ms is deprecated ; Jerman: Luzerner Laufhundcode: de is deprecated ; Perancis: chien courant lucernoiscode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Lucerne houndcode: en is deprecated
  5. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو شوءيت‌سcode: ms is deprecated ; Jerman: Schwyzer Laufhundcode: de is deprecated ; Perancis: chien courant de Schwyzcode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Schwyz houndcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ Reinhardt 1912, m/s. 19. sfn error: no target: CITEREFReinhardt1912 (help)
  2. ^ a b "Der Laufhund" [Anjing Berlari]. Schweizerischer Laufhundeclub [Kelab Anjing Pemburu Switzerland] (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 20 Disember 2023.
  3. ^ Jungklaus 1921, m/s. 11. sfn error: no target: CITEREFJungklaus1921 (help)
  4. ^ a b Morris 2002, m/s. 93. sfn error: no target: CITEREFMorris2002 (help)
  5. ^ a b c FCI-Standard N° 59 2002, m/s. 2. sfn error: no target: CITEREFFCI-Standard_N°_592002 (help)
  6. ^ FCI-Standard N° 59 2002, m/s. 9. sfn error: no target: CITEREFFCI-Standard_N°_592002 (help)
  7. ^ FCI-Standard N° 59 2002, m/s. 4–5. sfn error: no target: CITEREFFCI-Standard_N°_592002 (help)
  8. ^ FCI-Standard N° 59 2002, m/s. 10. sfn error: no target: CITEREFFCI-Standard_N°_592002 (help)
  9. ^ a b c Morris 2002, m/s. 94. sfn error: no target: CITEREFMorris2002 (help)
  10. ^ a b c d FCI-Standard N° 59 2002, m/s. 7. sfn error: no target: CITEREFFCI-Standard_N°_592002 (help)
  11. ^ Morris 2002, m/s. 95. sfn error: no target: CITEREFMorris2002 (help)

Bibliografi

  • "FCI-Standard N° 59 Schweizer Laufhand, Chien Courant Suisse" (PDF), Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris), 28 Jun 2002
  • Jungklaus, Friedrich (1921). Der kleine Münsterländer vorstehhund [Anjing penuding kecil Münster] (dalam bahasa Jerman). J. Neumann.
  • Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of over 1,000 Breeds (dalam bahasa Inggeris). Trafalgar Square Pub. m/s. 95. ISBN 978-1570762192.
  • Reinhardt, Ludwig (1912). Kulturgeschichte der Nutztiere [Sejarah kebudayaan haiwan ladang] (dalam bahasa Jerman). 3. E. Reinhardt. m/s. 22.

Pautan luar

Media berkenaan Schweizer Laufhund di Wikimedia Commons

  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus