Airbus A310 MRTT

Airbus A310 MRTT
A310 MRTT of the German Luftwaffe
Peranan Strategic tanker/transport
Pengeluar EADS/Airbus
Penerbangan pertama Disember 2003[1]
Status Perkhidmatan aktif
Syarikat penerbangan utama Luftwaffe
Dibangunkan dari Airbus A310
Variasi CC-150 Polaris

Airbus A310 MRTT Multi Role Tanker Transport (Bahasa Melayu:Penangki pengangkut pelbagai peranan) merupakan sebuah pesawat penangki udara yang dibangunkan berdasarkan model pesawat komersil Airbus A310. Dahulunya, kegunaan utama pesawat A310 adalah sebagai pesawat penumpang.

Rekabentuk dan pembangunan

A310 MRTT merupakan pesawat untuk kegunaan ketenteraan yang dibangunakan berdasarkan pesawat penumpang Airbus A310. Pesawat ini mempunyai dwi-fungsi iaitu sebagai pesawat penangki udara dan juga pesawat pengangkut/kargo.

Pesawat ini dikeluarkan dan diubahsuai oleh EADS/Airbus. Pengubahsuaian yang telah dilakukan termasuk;

  • Pemasangan dua pod pengisian minyak udara ke udara di bawah setiap sayap.
  • Penambahan empat buah tangki bahan api (tambahan sebanyak 28,000 kg bahan api);menjadikan jumlah muatan bahan api hampir 78,000 kg.
  • Stesyen Operator Minyak (SOM) bagi mengawal pemindahan minyak, kamera dan sebagainya, radio ketenteraan dan pencahayaan dalaman. Bagi pesawat MRTT, proses pengawasan merapati/memindahkan minyak secara kawalan jauh lengkap dengan sistem video keupayaan penglihatan malam akan dibangunkan. Sistem ini (akan dibangunkan oleh sebuah syarikat kecil yang dikenali sebagai VIDAIR) akan membolehkan operasi dilakukan dalam dua situasi iaitu dalam cahaya nampak dan radiasi hampir inframerah.
  • Mengukuhkan sayap dan lantai pesawat.
  • Ubahsuai kecil pada kokpit pesawat.

Rekabentuk pod dan kerja mengukuhan sayap pesawat telah dianugerahkan kepada ITD SA, pada masa itu merupakan sebahagian daripada Kumpulan ITP.

Luftwaffe Airbus A310 MRTT bersedia untuk melakukan proses pengisian minyak di udara, fota diambil semasa Pameran Udara Paris 2007
Luftwaffe Airbus A310 MRTT di Pameran Udara Paris 2007
Pesawat A310 MRTT August Euler milik Luftwaffe
Unit MEDEVAC.

Luftwaffe yang telah menjadi pelanggan pertama pesawat MRTT, telah menukarkan empat dari tujuh buah pesawat A310. Angkatan Tentera Kanada pula menukarkan dua daripada lima buah pesawat A310, yang lebih dikenali sebagai CC-150 Polaris dalam perkhidmatan tentera Kanada, kepada konfigurasi A310 MRTT.

Meskipun pesawat MRTT pada masa kini menggunakan teknik pemindahan minyak probe and drogue, EADS telah melabur sebanyak AS$90 juta bagi membuat penyelidikan dan pembangunan teknik sistem pemindahan api rectractable boom sepertimana yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. EADS sekarang telah menawarkan pesawat penangki selain daripada pesawat A310 iaitu pesawat A330 MRTT yang dilengkapi dengan peralatan retractable boom.

A310 MRTT adalah lebih kecil berbanding A330 MRTT. Sejak pengeluaran pesawat baru A310 dihentikan, penukaran kepada konfigurasi MRTT hanya boleh dilakukan dengan menggunakan pesawat penumpang yang diperbaharui, atau meningkat upaya pesawat A310 yang telah digunakan oleh tentera udara (pilihan yang dibuat oleh Jerman dan Kanada). sebagai sebuah pesawat penangki, ia memiliki muatan bahan api yang sama dengan pesawat KC-135R. Bagaimanapun, dengan kehadiran kabin yang lebih besar, pesawat ini lebih fleksibel, menawarkan muatan yang baik bagi kegunaan kargo, pengangkutan anggota tentera dan orang kenamaan, atau untuk kegunaan lain. Kekurangan pesawat ini hanyalah keupayaannya untuk mendarat di atas permukaan landasan yang kasar bagi melayakkan pesawat ini menjadi sebuah pesawat pengangkut strategik. Airbus berharap dapat menjual pesawat ini ke negara-negara yang mahu mengantikan pesawat Boeing 707 yang digunakan sebagai pesawat tangki.

Spesifikasi

Artikel pesawat udara ini kehilangan beberapa (atau keseluruhan) maklumat spesifikasinya. Jika anda mempunyai datanya, anda boleh membantu Wikipedia dengan melengkapkannya.


Data dari laman airforce-technology,[2]

Ciri umum

  • Panjang: 46.66 m (153 kaki 1 in)
  • Rentang sayap: 43.9 m (144 kaki)
  • Tinggi: 15.81 m (hingga hujung ekor) ()
  • Berat berlepas maksimum: 164 tan (361,554 lb)
  • Loji kuasa: 2× General Electric CF6-80C2 atau Pratt & Whitney PW4152/6 , tujahan sehingga 59,000 lb () setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 0.79
  • Jarak: 4,000 batu nautika (dengan penumpang maksimum) () ;
  • Jarak maksimum: 7,000 batu nautika ()


Lihat juga

  • Pesawat tangki strategik masa depan

Pembangunan berkaitan

  • Airbus A310
  • CC-150 Polaris
  • Airbus A330 MRTT
  • Northrop Grumman KC-45

Pesawat setanding

  • KC-135 Stratotanker
  • Boeing KC-767

Senarai berkaitan

Rujukan

  1. ^ Air Force Technology - MRTT - Multirole Tanker Transport
  2. ^ Laman web airforce-technology.

Pautan luar

  • Air Tanker Consortium
  • Maklumat A310 MRTT di laman web airforce-technology
  • Kenyataan akhbar Airbus berkenaan A310 MRTT
  • l
  • b
  • s
Pesawat Airbus
Awam
A300 (Beluga) · A310  · Keluarga A320 (A318, A319, A320, A321)  · A330  · A340  · A350 · A380
Tentera
A310 MRTT · A330 MRTT
Dalam pembangunan/ cadangan
A350 · A400M · NSR · KC-45
Jenis-jenis lain
Sud Aviation Caravelle · Aérospatiale-BAC Concorde
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan